Kelas Kreativiti menggunakan ICT 6
6 Julai 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 5 Julai 2015 jam 3 hingga 5 petang, PI Batas Lintang telah menganjurkan Kelas Kreativiti menggunakan ICT sempena cuti sekolah. Antara pengisian program ialah menggunakan Youtube sebagai sumber rujukan bagi kelas kreativiti yang diadakan. Bagi kelas yang telah diadakan ini pelajar menggunakan Youtube untuk menghasilkan seni tulisan 3D. Seramai 7 orang peserta yang terdiri dari pelajar sekolah telah mengambil bahagian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: